KEK KEJU
Bahan :-
500 g keju krim
160 g gula ising
25 g tepung jagung
7 biji telur ayam
100 ml krim UHT (krim putar keju)
kek span vanila (di potong nipis)
Cara membuatnya :-
- campurkan gula ising dan keju krim didalam mesin pengadung. putar adunan selama 5 -7 minit atau sehingga sebati adunan.
- masukkan telur ayam satu-persatu ke dalam adunan dan teruskan memukul dengan tahap kelajuan sederhana selama tiga minit.
- kemudian, kacaukan ia bersama tepung jagung dan krim UHT yang sudah dicampurkan terlebih dulusedikit demi sedikit lalu gaulkan ia sehingga sebati.
- sediakan acuan yang sesuai dan letakkan didalamnya sepotong kek span vanila yang di potong nipis untuk dijadikan permukaan bawah.
- selepas itu, tuangkan adunan tadi ke dalam acuan sebelum memasukkannya dalam ketuhar untuk dibakar selama 90 minit pada suhu 150 darjah celsius.
- kek keju yng dibakarboleh dihiaskan dengam buah-buahan segar dibahagian atasnya.
- ia bertambah sedap apabila disejukkn dulu sebelum dihidangkan untuk dimakan.
resepi ini diambil dari metro harian ( 21/Mac/2012 Rabu )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
NAMA SAMARAN :
EMAIL :