Halaman

Sabtu, 14 April 2012

Kek Keju Yang Sedap

KEK KEJU

Bahan :-
500 g keju krim
160 g gula ising
25 g tepung jagung
7 biji telur ayam
100 ml krim UHT (krim putar keju)
kek span vanila (di potong nipis)

Cara membuatnya :-
  • campurkan gula ising dan keju krim didalam mesin pengadung. putar adunan selama 5 -7 minit atau sehingga sebati adunan.
  • masukkan telur ayam satu-persatu ke dalam adunan dan teruskan memukul dengan tahap kelajuan sederhana selama tiga minit.
  • kemudian, kacaukan ia bersama tepung jagung dan krim UHT yang sudah dicampurkan terlebih dulusedikit demi sedikit lalu gaulkan ia sehingga sebati.
  • sediakan acuan yang sesuai dan letakkan didalamnya sepotong kek span vanila yang di potong nipis untuk dijadikan permukaan bawah.
  • selepas itu, tuangkan adunan tadi ke dalam acuan sebelum memasukkannya dalam ketuhar untuk dibakar selama 90 minit pada suhu 150 darjah celsius.
  • kek keju yng dibakarboleh dihiaskan dengam buah-buahan segar dibahagian atasnya.
  • ia bertambah sedap apabila disejukkn dulu sebelum dihidangkan untuk dimakan.

resepi ini diambil dari metro harian ( 21/Mac/2012 Rabu )